Wednesday 1 June 2011

Parit Buntar, Perak

Pernahkah anda sampai ke Parit Buntar, Perak?..Jika tidak, anda patut cuba ke sini untuk mendapatkan suatu pengalaman baru..tak perlulah anda menetap di sini cuma datang sekadar melancong je. Penginapan tak lah susah kerana di pekan ini terdapat 3 buah hotel yang selesa untuk menginap iaitu Parit Buntar Inn, Hotel Damai dan Melur Inn. Kadar yang dikenakan juga sangat berpatutan.

Sunday 8 May 2011

~Selamat Hari Ibu~



Sempena hari ibu sedunia ini, saya ingin mengucapkan ......



kepada ibu tersayang..Zamarudah binti Zawawi...

Gambar tahun 1979, suatu pagi seorang ibu bersama 3 orang anaknya..

Wednesday 27 April 2011

South Georgia and The South Sandwich Islands



South Georgia and The South Sandwich Island merupakan kepulauan yang terletak di sebelah tenggara benua Amerika Selatan. Kepulauan ini adalah sebahagian daripada jajahan British yang diletakkan dibawah kuasa pentadbiran British Overseas Territory. Dengan 3,903 kilometer persegi keluasannya iaitu 167.4 kilometer panjang dan (1.4 hingga 37 kilometer) lebar, pulau ini didiami oleh seramai 30 orang. Kebanyakan mereka yang tinggal di sini rata-ratanya adalah terdiri daripada para saintis (British Antartic Survey) yang menjalankan kajian sepanjang tahun.  

                                      Bendera South Georgia and The South Sandwich Island


South Georgia Island

Berdasarkan sejarah, pulau ini sebenarnya telah dibuka semenjak tahun 1675 oleh seorang pedagang di London bernama Anthony de la Roche' yang menamakan pulau ini sebagai 'Roche Island ' buat pertama kalinya. Di antara tahun 1904 hingga lewat 1960an pulau ini merupakan penempatan bagi penangkap-penangkap ikan paus yang menjalankan aktiviti penangkapan ikan paus bagi tujuan ekonomi. Malah menurut suatu sumber lagi, ikan paus terbesar yang pernah ditangkap iaitu seekor paus biru berukuran 33.58 meter (110ft) telah berjaya dilabuhkan di Grytviken (sebuah pekan di Pulau South Georgia).

Selepas tahun 1970an, pekan Grytviken telah ditinggalkan oleh penangkap-penangkap ikan paus tersebut memandangkan sumber ikan paus semakin kepupusan ekoran aktiviti penangkapan berterusan yang intensif. 

Kesan-kesan peninggalan manusia di Pekan Grytviken

Ketika kerancakan ekonomi di Grytviken sekitar 1920an


Bekas kapal menangkap ikan paus yang masih wujud hingga kini


FLORA DAN FAUNA DI SOUTH GEORGIA ISLAND

Pulau ini sememangnya mempunyai keindahan alam yang sangat menakjubkan selain mempunyai habitat haiwan yang sukar dijumpai di kawasan lain di dunia ini. Di antara haiwan yang mendominasi sebahagian besar pulau ini seperti penguin, singa laut, burung Albatross dan banyak lagi.


 
Albatross


                 Penguin
                                                                                     

Tuesday 26 April 2011

1979...


Suatu pagi dalam tahun 1979.... dari kiri aku (yang didukung), mak, kak uli dan abg ki...

Jalan raya di hadapan rumah (Jalan Sekolah) tu merupakan laluan utama kebanyakan pelajar-pelajar sekolah seperti Sekolah Rendah Methodist, Sekolah Menengah Methodist, Sekolah Menengah Seri Perak, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang suatu masa dahulu..sekarang dah banyak jalan dibuka bagi memudahkan pelajar dari semua kawasan sekitar Parit Buntar untuk ke sekolah-sekolah berkenaan

Sekolah (gambar) di belakang tu ialah Institut Methodist yang merupakan sekolah swasta khusus untuk mereka yang ingin mengulang ambil SPM. Sekarang institut tersebut dah tutup dan diganti dengan fungsi lain rasanya sebagai Pusat aktiviti agama Kristian

Awal 80an..

Tahun 1984: Depan rumah lama di Jalan Sekolah, Parit Buntar. Sekarang rumah ni dah takde lagi..Tanah rumah ni pula dah ditimbus dan sedang didirikan rumah baru untuk Zaki (abg sulong)

Rumah baru yang sedang dalam pembinaan...gambar terkini (April 2011).